Pada akhir 1980-an, Thomas Knoll dan John Knoll mengembangkan sebuah pempropgraman perisian grafik yang dipanggil program- pixel imaging – buat pertama kali, kemudian Image Pro, dan akhirnya Photoshop.
Mereka membuat suatu persembahan diterima dengan baik kepada Russell
Brown di Syarikat Adobe dan kemudian Adobe Photoshop dilesenkan pada
tahun 1988. Bermulalah perkembangan suatu sejarah yang dikenali sebagai
Adobe Photoshop.
Adobe Photoshop,
atau biasa disebut Photoshop, adalah penyunting grafik yang
dikembangkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems yang dikhaskan untuk
penyuntingan foto/gambar dan pembuatan kesan gambar. “Photoshop”
bermaksud “kedai foto” dalam Bahasa Inggeris. Perisian ini banyak
digunakan oleh jurugambar digital dan perusahaan iklan sehingga
dianggap sebagai pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar, dan,
bersama Adobe Acrobat, dianggap sebagai produk terbaik yang pernah
dihasilkan oleh Adobe Systems. Versi kelapan aplikasi ini disebut dengan
nama Photoshop CS, versi kesembilan disebut Photoshop CS2, Photoshop
CS3, Photoshop CS4 dan versi terbaru yang akan dilancarkan April 2010
ini adalah Photoshop CS5.
Photoshop boleh digunakan pada Microsoft Windows, Mac OS X, dan Mac
OS; versi 9 ke atas juga dapat digunakan oleh sistem operasi lain
seperti Linux dengan bantuan perisian tertentu seperti CrossOver.
Ciri-ciri:
Walaupun pada awalnya Photoshop dirancang untuk menyunting gambar
untuk cetakan berasaskan kertas, Photoshop yang wujud kini juga dapat
digunakan untuk menghasilkan gambar bagi Jaringan Sejagat. Beberapa
versi terakhir juga menyertakan sekali aplikasi tambahan, Adobe
ImageReady, untuk keperluan tersebut.
Photoshop juga berkait rapat dengan beberapa perisian penyunting
media, animasi, dan authoring buatan – Adobe lainnya. File format asli
Photoshop, .PSD, dapat dieksport ke/dari Adobe ImageReady. Adobe
Illustrator, Adobe Premiere Pro, After Effects dan Adobe Encore DVD
untuk membuat DVD profesional, menyediakan penyuntingan gambar tidak
linear dan layanan kesan khas seperti latar belakang, tekstur, dan
lain-lain untuk keperluan televisyen, filem, dan laman web. Sebagai
contoh, Photoshop CS dapat digunakan untuk membuat menu dan butang DVD.
Photoshop dapat menerima penggunaan beberapa model warna:
- Model warna RGB
- Model warna Lab color model
- Model warna CMYK
- Grayscale
- Bitmap
- Duotone
Ini adalah produk terawal dan pertama yang memperkenalkan Adobe Photoshop. Perisian baru ini meliputi
Pilihan:
- Pembetulan warna dengan Balance, Hue, dan Saturasi
- Paparan gambar dioptimasikan untuk proses pengeluaran
- Curves
- Levels
- Alatan Clone
Versi kedua Photoshop sudah mula menggunakan sokongan untuk warna CMYK, Duotones, alat Pen
dan menyokong fail untuk rastezing Adobe Illustrator.Versi ini juga adalah permulaan untuk system pengoperasian MAC.
3. 1993 Adobe Photoshop 2.5 :
Ini merupakan perisian upgrading ke versi 2 dan dimasukkan beberapa palet juga memberikan sokongan untuk fail 16bit.Termasuk tambahan sokongan system pengoperasian untuk IRIX dan Solaris.
4. 1994 Adobe Photoshop 3 dengan Ciri-ciri Baru:
Versi ini adalah permulaan bercirikan beberapa lapisan di Photoshop. Lapisan ini adalah salah satu tambahan besar untuk Photoshop bahawa benar-benar mengubah cara gerak kerja di dalam Photoshop itu sendiri dan memberi pengguna lebih banyak kekuatan untuk bekerja dengan beberapa lapisan gambar daripada hanya satu lapisan sahaja.Versi ini juga menyokong plattes tab yang membantu pengguna untuk menjimatkan ruangan lebih banyak dan lebih baik untuk menetapkan ruangan kerja Photoshop.
5. 1996 – Adobe Photoshop 4:
Photoshop 4 ditambah dengan ciri2 baru seperti membantu Penyesuaian Layers dan Actions. Dan berkenaan antara muka Photoshop, versi ini dimasukkan ciri2 Toolbar baru bagi mendapatkan lebih lagi antara muka Adobe yang boleh dipadankan dengan produk2 Adobe yang lain.
6. 1998 – Adobe Photoshop 5:
Versi 5 datang dengan dua perubahan utama, teks boleh diedit dan membatalkan beberapa kemampuan yang sebelumnya, dua ciri jugamengalami perubahan sangat besar yang mempengaruhi kerja di Photoshop. Selain ciri-ciri ini Photoshop 5 disajikan kepada pengguna dengan Warna aluran gerak kerja berasaskan Konsortium Warna Antarabangsa (ICC) dan Magnetik Lasso tool.
7. 2000 – Adobe Photoshop 6:
Versi ini memperkenalkan kepada pengguna dengan Layer Styles dan dialog Blending Option, yang membantu untuk membuat banyak kesan dengan mudah dan cepat. Selain ciri ini, Photoshop 6 mempunyi ciri-ciri berikut:
- Bentuk vektor
- Memperbaharui antara muka pengguna
- Penapis Liquify
Photoshop 7 dikemaskinikan seperti berikut:
- Healing Brush
- Pembentukan teks penuh vektor
- Mesin untuk lukisan diperbaharui
- Pelayar carian untuk fail Photoshop
CS terbaru dikemaskinikan termasuk:
- Arahan Shadow / Serlahan
- Penggunaan persamaan arahan Warna
- Penapis Lens Blur
- Realtime Histogram
- Perkakasan Slice.
- Kumpulan hirarki Layer
Photoshop CS2 juga dikemaskinikan dengan ciri2 lain:
- Mempunyai sambungan ke Adobe Bridge 1.0
- Image Warp
- Spot Healing Brush
- Pembetulan Lensa penapis
- Smart sharpen
- Smart Guides
- Sokongan HDR imaging
adalah lembaran baru untuk membuka trend terkini di Photoshop. Pengguna Photoshop kini boleh membuat dan bekerja dengan
kandungan 3D dan membuat animasi secara terus di Photoshop.
Versi CS3 mempunyai ciri-ciri berikut:
- Integrasi dari MATLAB
- Pengukuran dan alat-alatan mengira
- Menyokong format DICOM
- Movie Paint
- Vanishing Point dengan sokongan 3D
- Pemprosesan gambar yang stack
Ini adalah versi sekarang Photoshop dan merangkumi dengan ciri2 tambahan berikut :
- Penerobos mengedit imej 3D dan composite
- Gerakan grafik Enhanced
- Volume rendering
- Kemudahan pengumpulan data dan analisis
14. Adobe Photoshop CS6:
Adobe Photoshop telah dikembangkan selama bertahun-tahun dan dengan setiap update, ada cabaran2 dan kemampuan baru.Pintu sebuah Kemampuan wujudnya penambahan untuk ciri baru dan tambahan baru terus terbuka lebar dan luas. Ini juga adalah sebabnya mengapa jumlah alatan sentiasa berubah dan bertambah didalam photoshop, ini kerana hanya untuk sebahagian besar pengguna.
Namun kini Adobe Photoshop sudah berusia 20 tahun. Walaupun bagi seorang pelajar ataupun pengguna yang tidak mampu milik untuk menggunakannya sebab harganya agak mahal namun ia adalah sebuah perisian grafik yang amat2 diperlukan. Terutamanya pengguna2 yang berkebolehan mereka cipta sesuatu terutamanya bidang2 grafik.
Untuk alternatif lain namun ada perisian percuma dari sumber terbuka dan setanding hebatnya seperti adobe ini. contohnya: GIMP, Irfan View, Paint.net dan banyak lagi.
0 comments:
Post a Comment
silahkan isi komeng di bawah seikhlasnya ^_^